Gereja Katolik, Our Lady of Guadalupe (OLOG), di Puchong, Selangor
telah memulakan satu program keluarga angkat pelajar katolik yang
dinamakan Bringing Home Catholics, BHC yang direka khas untuk pelajar
katolik khususnya yang berasal daripada Sabah dan Sarawak yang akan
melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dan inginkan penyesuaian
diri dengan baik ke dalam kehidupan kampus walaupun berada jauh
dari kampung halaman.
Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan
iman katolik selain daripada memberi sokongan emosi kepada pelajar
tersebut. Program ini juga akan menyediakan pelajar tersebut dengan
rakan-rakan sesama katolik dan juga Suasana Rumah semasa Jauh dari
kampung halaman supaya pelajar tersebut mempunyai tempat rujukan
pada bila-bila masa mereka memerlukannya terutama berkenaan dengan
isu berbangkit di kampus, pertukaran agama dan juga penjagaan iman
katolik mereka sewaktu di berada Semenanjung Malaysia.
Tiada
sebarang bayaran dikenakan. Semua pelajar dan keluarga angkat yang
akan menyertai program dikehendaki untuk mempunyai akaun facebook
dan menjadi sahabat kepada
facebook: BHC Program Keluarga Angkat Pelajar Katolik.
Pelajar yang sudah memohon dan sedang menunggu surat tawaran
ke Universiti/Kolej boleh juga mendaftarkan diri.
Untuk pelajar
harap isi
borang
pelajar
Untuk keluarga angkat harap isi
borang
host family.